Thursday 23 April 2015

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) - 5 May 2015

 Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) - 5 May 2015


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada anak Negeri Sembilan yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut : -

Jawatan:-
1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W27[TETAP]

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29 [TETAP]

3. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29 [KONTRAK]
CARA MEMOHON
i) Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi MPPD di www.mppd.gov.my atau melalui link yang sudah admin sediakan di bawah logo
ii) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan
maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A
(Gred 41 dan ke atas)/Penghulu/Pengerusi JKKK.
a. Gambar Warna Ukuran Pasport
b. My Kad/Kad Pengenalan;
c. Sijil Kelahiran (Surat Beranak);
d. Sijil Berhenti Sekolah;
e. Sijil Pelajaran Malaysia;
f. Sijil/Diploma;
g. Sijil-Sijil Berkaitan.
iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/
Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua
Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan
Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2014.
iv) Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan
borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat
seperti di bawah:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
Km 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)
D. TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 05 MEI 2015
E. PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK SEKIRANYA:
i) Borang permohonan tidak lengkap atau tidak bergambar;
ii) Tidak memenuhi syarat iklan; dan
iii) Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani.
F. PERHATIAN
i) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari
tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
iii) Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala
perbelanjaan berkaitan dengan temuduga dan segala keputusan yang dibuat
berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD.